Thursday, December 23, 2010

SUPER CAMP EXCEL 2010

" Motivasi Dan Jati Diri "

5-7 Disember 2010

Assalamualaikum , lama rasanya tidak menaip di Blogger.com , rindu pula rasanya apabila melihat diblog orang lain yang terus berseri-seri dengan cerita-cerita kehidupan yang mereka jalani selama ini , harap mereka akan diberkati dan diredhai oleh Allah , insyaAllah ~ .


Hari Pertama (Ahad , 5 Disember 2010)

  • Pada hari yang tertera diatas , pada pukul 1 hingga 5.30 pagi , saya tidak tidur kerana memikirkan , apa yang akan terjadi pada esok pagi , dari hari sebelumnya saya telah mengemas baju , agaklah banyak baju dan seluar yang saya bawa ke Kem tersebut kerana saya jenis orang yang suka mandi , kalau mandi mesti lama , dalam 15 minit baru nak siap , jam telah menujukkan pukul 6 pagi , mama ingin mengejut saya yang tidak tidur pun pada malam itu , dia menyalakan lampu bilik saya dan memanggil "Fuad....cepat bangun , pergi mandi." , dengan segera saya mengambil tuala dan pergi ke bilik air untuk mandi , basuh muka dan rasa nak menjerit keseronokan pun ada , tak tahulah kenapa secara tiba-tiba rasa gementar. Selepas itu , pilih baju , malas nak pilih-pilh , main pakai tapi okaylah baju tu , mama yang telah selesai memasak didapur , letak Spageti diatas meja lalu dimakan oleh ahli keluarga saya iaitu , Ayah , adik-adik saya dan mama , sedangkan saya masih dibilik mengemas beg , takut-takut ada barang tertinggal , saya tidak mahu mengulangi lagi kisah tersebut dimana saya tertinggal barang berharga dikampung , selepas mereka sudah memakan makanan diatas meja yang dimasak oleh tukang masak professional , iaitu mama saya , giliran saya pula untuk makan , ayah telah menghidupkan enjin kereta Nissan Grandlivina kelabunya dan naik ketingkat atas semula , tidak pasti tahulah apa yang dia buat ditingkat atas , saya yang sedang makan spageti tersebut secara tiba-tiba rasa macam tiada selera hendak makan , mungkin kerana tidak sabar-sabar hendak pergi agaknya . Selepas itu , ayah menyuruh saya mengankat beg dan letakkannya di but kereta , agak berat beg tersebut , macam beg tersebut diisikan batu . Selepas itu , hari itu adik bagi duduk kat barisan nombor 2 , baik pulak dia hari tu , mesti dia suka abang dia tidak ada dirumah , sampai hati adik. Lepas itu , ayah mula memandu dari rumah agak agak dalam pukul 7:00 pagi macam itu lah. Ayah fuad mula melalui ke pintu pagar sekuriti guard itu sambil melambai pak cik yang menjaga pintu itu sbagai tanda terima kasih :D , lalu ayah melajukan pergerakkan kereta tersebut , 80 KM/H diatas jalan , hati fuad berdebar-debar macam nak gugur jantung sebab baru pertama kali pergi Kem yang tiada kenalan atau sahabat/rakan , bila kereta ayah diatas jalanraya menghala ke Semenyih itu ,ternampaklah ada MAHA yang sedang berlangsung , tiba-tiba hati makin berdegup kencang , muka fuad maybe lain gila tapi tak gila laa ,lepas itu , dah sampai dekat jalan rosak tu , mengelabah je , rse mcm tk nak pergi tp terpaksa , time tu kat dalam hati , "harap semua kat situ orang orang baik , jangan ada orang yang suka membuli orang , Amin~ " lepas itu , minyak kereta habis , ayah tanya , " Mana stesen minyak , fuad ? " , then yang simpang nak masuk kat Kampung apa ek nama dia ? Tak tahu lah nama dia , ada Shell , Fuad tunjuk lah , itu Shell ,first tu , ayah nampak Petronas tapi fuad dah nampak Shell tu dulu , tidak ada rezekilah Petronas tu sebab ayah fuad guna minyak Shell , lepas itu ayah fuad beli surat khabar , baca lah skejap paper tu sebab nanti tak dapat baca dah dalam 3 hari , *padahal nak cover muka , adik itu sibuk je nak tanya orang , " Abang , abang , abang malu tak kalau pergi sana nanti ? lepas tu , fuad Cuma ckap "Erm.....agaklah , kenapa ? Nak ikut ?" sambil membaca surat khabar ,adik menjawab " Nadia boleh jea ...", lalu ayah naik kereta untuk menyambung perjalanan , lalu kat Universiti Nottingham . Lepas itu fuad ada nampak bas penjara Malaysia , masa tu ada papan tu tunjuk , Broga. Adik (Shafiqah) dia bertanya ke kakaknya (Adleena) , dia tanya , "Brogan tu siapa ?" lepas itu , kakaknya jawab "Nenek kau " , lalu adik (Shafiqah) cakap "Ouh , nenek aku....nenek aku nenek kau juga..." lepas itu dia gelak , selepas itu , ayah terdengar , " Hah ?! Nenek korang ? Yang belah mana ? " , fuad cuma ckap "Korang ni memandai jelaa " sambil ketawa dengan mama, Lepas itu , ada lah kelibat kereta mak ayah peserta , Naza Ria colour coklat dan Wira Aeroback colour biru . Yang wira tu lajulah jugak , mungkin sebab kereta dia kecil sedikit , so jalan yang sempit tu pun , sekejap je nak redah , Naza tu pun agaklah laju , sbab ayah fuad dkat belakang Naza , Wira tu kat belakang kereta ayah fuad .


     



     

    Lepas itu , nampaklah kebun sayur yang kat depan dia ada papan tanda yang bertulis "Excel Sdn. Bhd" , "Hah! , dah nampak lah sudah pintu kem tu " hati fuad berkata-kata.... Ayah fuad membuka tingkap kereta , orang yang jaga pintu tersebut , memberi salam , "Assalamualaikum,nak daftar anak ea ? " sambil salam tangan ayah fuad , ayah fuad jawab , " Waalaikummusalam, ya , nak daftar kat mana ea ?" , lepas itu , orang tu dia cakap , "Encik sila letak kereta dibahagian sana, erm ....encik nak daftar anak dekat khemah putih tu " , ayah fuad balas balik , " Okay , terima kasih ye " , orang tu balas " Sama-sama " , lepas tu ada Pak cik tu , dia uruskan tempat letak kereta , dia pun suruh ayah fuad park kereta kat situ , kat sebelah kiri ada Volvo colour coklat , lawa jugak , kat blakang ada Alado Tiggo colour silver , parents siapa punya ? Haha :D , kat belakang lagi , ada Honda Freed colour hitam , lepas dah park elok elok ,satu family turun kereta ,kelihatan ramai orang disitu , pergi kat khemah putih tu , pergi register , ada parents orang tu , dia tanya macam-macam , lama jugalah nak kena berdiri , lepas orang tu pergi , turn fuad dan mama pulak duduk , daftar , check nama kat kertas tu .


     



     


    Dorm 6


     


     


    Kat Dewan


     


    Area Surau


     

    Lepas daftar tu , fuad dan keluarga , pergi ke meja makan yang kat bawah khemah , family fuad yang lain tu semua makan EXCEPT fuad lah , mlas nak makan daa , tak ada selera nak makan . Lepas itu , ada abang tu , dia jaga kat audio station , dia ckap , " Assalamualaikum , okay..... adik-adik boleh angkat beg dari kereta dan letak nya disurau , saya ulang balik , adik-adik boleh angkat beg dan letakkan nya disurau dan kepada ibubapa , kita akan adakan Taklimat ibubapa , kita akan beritahu , apa akan dilakukan oleh para peserta sepanjang 3 hari 2 malam di Excel Training Resorts , adik- adik yang berumur 6 tahun dan keatas , sila ke Bilik nombor 6 , kita akan adakan pertandingan mewarna ...... " mcm itulah gayanya . Lepas itu , ayah bagi kunci kereta , fuad pergilah kearah kereta untuk angkat beg , "Tit.....Tit...." penggera kereta berbunyi , buka but/bonet , ambil beg , pastu pergi kat tempat fuad duduk kt dlam kreta tu , ambil beg satu lagi . Lepas itu , pergi tutup but/bonet , tutup pintu , kunci balik . Lepas itu tengoklah sekeliling , nampak semua bawa beg kecil je , lepas itu cakap sorang-sorang....."Eah , kenapa semua orang bawa beg kecil jea ? " Lepas tu , ada orang tu bawa beg roda , kecil je , rasa pelik je , " Kenapa diorang bawa beg kecil je ? " . Lepas tu tarik beg kearah jambatan yang berdekatan dengan swimming pool .


     



 


-Dekat dengan Swimming Pool !


 

Lepas itu , Stop skejap kt sbelum jambatan tu , tgk je orang semua , then tak perasan ada ayah kat jambatan tu , tgh tgk fuad tgh buat apa , dalam hati " Ush ! Terkejut aku ! Mcm mne boleh tak perasan ?? " , ayah tengok je apa yang fuad buat masa tu , mungkin dia ingat fuad nak lari agaknya , fuad mana pernah lari , apa-apa pun , fuad redah je , fuad tak lari pun , lagi pun nak lari mana ? Kiri ?, Hutan , kanan ?, Hutan , Atas ? , awan , depan ? Surau , Belakang , Chalet .... so better I'm going lah ...... Selepas sesudah meletak beg tersebut , fuad pergilah dekat dewan bawah tu , dekat dengan khemah , lepas tu , dia suruh isi borang , Ustaz Ebit Irawan dan Pak Mail suruh isi borang yang colour pink dulu , faham tak ? Colour pink .. .. , lepas itu ,fuad isilah borang tu , dah habis isi , kena isi Email pula dah , kat dalam otak " EMAIL = FACEBOOK ? " asyik ingat Facebook je bila kat sana , pelik tapi benar ,tapi fuad isi YM punya address , lepas sessudah isi borang , ada lagi orang yang belum isi borang sebab dia datang lambat , kepada yang lambat , Pak Mail suruh tulis Nama , Alamat , Tandatangan , senang kan ? Yang datang awal , kena isi semua lah , penat nak isi , tulisan fuad sudahlah tak lawa , lepas semua dah habis isi borang , kita kena salam dengan orang , Ustaz Ebit Irawan yang suruh .


 



 



 

-Ustaz Ebit Irawan bin Ibrahim Lew <3 -


 


 

Pendapat saya tentang Ustaz Ebit Irawan tu , dia seorang yang menarik , comel , nampak senang untuk berkomunikasi , kat dalam DVD tu , gmbr dia , garang je ,takut . Bila jumpa , Wow !, bestnya ustaz ni .... Lepas tu , Fuad nampak Shaziq , rambut dia , bukan main tinggi lagi pacak , mula-mula tanggapan fuad terhadap dia . " Asal dia ni poyo semacam jea?"*tapi dia baik...


 

Lepas tu , nampak ada Abang yang botak ada janggut tu , ambil gambar dia . Mula-mula , dia nak tumpang lalu , lepas itu , dia ternampak , so apa lagi , "Lawa rambut .........kechikk (bunyi kamera) " . Lepas itu , masa untuk berkenalan dengan orang sebelah , Ustaz Ebit Irawan suruh salam kawan sebelah sambil senyum dan bercakap , " Hai , apa khabar ?" , "Duduk kat mana ? " , "Sihat ke tidak ? " dan "Kampung kat mana ? " . Lepas mengurut tu , Ustaz suruh ajar kita cara senyum sambil dimemberi hadis , " Barangsiapa senyum ke orang yang lain , nescaya pahalalah ganjarannya sesungguhnya senyum itu sedekah.... "
. Ustaz Ebit tu pun suruh senyum , dia cakap jangan senyum "Satuuuuuu....." dan jangan senyum "Duuuuuaaaa......" sebab senyum yang dua-dua tu tak lawa , kita kena senyum " Tigeee........." , cuba senyum ..... "Tiggeeee.....", kalau kita senyum, kita akan mendapat pahala.


 


 

Sesi pembukaan ini dipanggil Taklimat Kursus , Pembahagian bilik , Ice Breaking , Mengubah Paradigma Diri . Ibubapa peserta akan bersama dengan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah . Lepas tu , Masa untuk bilik ! , saya dapat bilik 5 bintang tapi orang panggil Dorm 5 bintang , sama dengan Shaziq , masa itu , saya dapat kawan pertama yang bernama Naqib , dia seorang yang pemalu , semua orang asyik tanya pasal dia , kenapa dia tak nak cakap dengan orang ? Sebab dia sedikit pemalu. Dia tak berapa nak cakap dengan orang sangat , dia duduk Kelantan , rumah nenek dia kalau tak silap kat Meru , Klang .


 

Sambung balik cerita tadi , masa kat dalam bilik 5 tu , terus dapat katil . Fuad dapat katil hujung sekali , sebelah kiri , tingkat atas sebab Naqib nak tingkat bawah . Korang semua best , korang semua comel jea . Pak Mail suruh simpan beg sahaja kat dalam tu tapi fuad dah datang awal kat bilik tu , lepas tu baringlah kejap , huh .... best jugak katil tu . Lepas tu , turun daripada katil tersebut , tengok bilik air dia , bolehlah ~ . Lepas tu datang adik Izzati , nama dia Izzudin kan ? , dia tanya kat saya , " Atas ni kau punya katil ea ? " , fuad balas , "Erm....A'a " , lepas tu dia cari katil lain , akhirnya dia jumpa katil . Dia bahagian atas juga tp jarak sekatil dari dia . Lepas tu , Fuad dan Naqib keluar daripada bilik 5 untuk pergi sarapan dan jumpa ibubapa . Sebelum itu , kita orang jalan-jalan kejap , nak melihat tempat tu . Masa kita orang berjalan-jalan , tiba-tiba , "Abeee !! " , adik Naqib panggil , lepas tu dia minta diri untuk beredar sebentar , " Eah fuad , aku pergi jumpa ayah aku kejap ea .... " fuad balas " Okay... " , lepas tu Fuad cari My Parents , " Mana diorang ni ? Tak kan dah balik kot ? " cakap fuad didalam hati . Tidak berapa lama kemudian , nampaklah kelibat ayah yang tengah basuh tangan kat Basin bay , lepas tu pergilah kat diorang semua , mama tanya , " Bilik fuad kat mana ? " , fuad jawab " Kat sana...." , lepas tu ayah pulak tanya , " Kat sana tu mana ? Kat dalam hutan ea ? " , fuad jawab " Mana ada ..." , ayah balas balik , " Dah tu ? " , fuad bangun dan pergi ke arah bilik bersama dengan keluarga fuad . Fuad buka pintu bilik 5 tu dan tunjuk katil fuad yang mana satu , *sorry eah korang . Lepas tu , ayah dan mama tengok kat bilik sebelah , iaitu bilik 6 sebab bilik 6 masa tu , tak ada orang lagi , budak-budak baru habis main kat dalam tu , dia tengok bilik tu , bilik air ada 2 , katil ada 16 . Lepas tu , mama suruh masuk kat dalam bilik , rehatkan diri sebelum mendengar ceramah . Fuad salam mama , ayah , adik-adik fuad yang nakal tu , pastu masuk ke dalam bilik . Masa masuk tu , kami yang kat dalam bilik 5 tersebut memhidupkan penghawa dingin sehingga paras yang paling bawah , iaitu 16 darjah celcius . Sejuk bekulah kita kat dalam tu . Lepas tu , kelihatan Naqib dipintu dan masuk ke bilik lalu dia pergi kearah katilnya .Lepas tu , saya buka fail yang diberi semasa perdaftaran tadi . Lepas tu teringat , mama cakap " Jangan lambat nanti kena merit " padahal tidak ada pun , ni bukan sekolah lah mama -,- . Lepas tu dah tengok tu , nampak diorang semua keluar daripada bilik . Saya dan Naqib pun keluarlah , pergi ke surau yang terletak berdekatan dengan pejabat Dato' Dr. Fadzilah Kamsah . Fuad ambil wudu' , lepas tu masuk ke dewan solat , dapat saf depan sekali . Lepas solat zohor berjemaah , kita kena bersalaman dengan orang sambil senyum " Tigeeee.... " . Selepas solat , kami semua pergi ke khemah untuk makan tengahari . Lepas tu , makanlah , lepas makan kena basuh pinggan sendiri . Selepas makan , Sesi yang pertama iaitu , Sesi Penganalisisan Kendiri Jati Diri bersama Dato' Dr. Fadzilah Kamsah .


 


 


 


  • Dato' Dr. Fadzilah Kamsah ,
    TERBAIK !


     

    Selepas makan , fuad dan kawan-kawan lain semua pergi balik ke bilik semula untuk mengambil fail . Lepas dah ambil fail , pergi dewan yang dekat bawah tu balik untuk mendengar ceramah . Fuad dan Naqib datang lambat , tengok kerusi semua orang dah duduk , tengok depan , kosong beb , dapat duduk depan sekali . Lepas tu kena tunggu Dato' sampai , lamanya sampai mengantuk mata dibuatnya . Lepas tu Dato' sampai , " ucapan pertama beliau , " Assalamualaikum semua , sorry lambat sebab layan ibubapa anda yang comel-comel belaka , lepas itu saya pergi solat zohor , saya solat lambat sikit kerana macam-macam soalan yang diberi oleh ibubapa anda..... " , begitulah gayanya sebagai seorang motivator . Fuad pada masa tu ngantuk sangat , betul-betul ngantuk sebab malam sebelum tu , tak tidur tapi tak apa lah , dah biasa . Fuad tulis nota , semua yang ditulis kat depan ( Whiteboard ) , semua fuad salin , dia tulis ,

    TRANSFORMASI

    SYUKUR + BAHAGIA

  • Selalu senyum
  • Doakan orang
  • Ibubapa
  • Guru-guru
  • Kawan selama mana dia tidak mengetahuinya
  • Maafkan orang
  • Selalu membantu orang sebelum dia minta pertolongan kepada kita
  • Berdehem selepas membuang air kecil ( Istibra' )


     


     

    Sebenarnya banyak lagi tapi tak malas nak tulis , banyak sangat . Dato' cerita pasal tarikh lahir , siapa yang makhluk 2 alam ? Haha J , gurau jelaa.. . Lepas tu , beliau cerita tentang Grafologi . Dato' kata , orang yang berjaya , tulisannya besar , tulisannya melebihi 4 MM tapi lagi besar lagi bagus . Tulisannya yang condong ke kanan ialah seorang yang hatinya lembut , Yang condong ke kiri ialah orang yang keras hatinya , susah nak dengar cakap orang , degil . Masa ceramah tu , yang ada cuma peserta sekolah menengah , peserta sekolah rendah kat dewan atas . Masa azan tu , fuad terlelap kejap , lepas tu bangun baliklah , takkan nak tidur lama , mana boleh nak lama-lama . Lepas tu , kita kena ikut apa yang dia buat , kita baca selawat lepas tu kena cakap ,SAYA HEBAT !! SAYA INSAF!! SAYA BAIK !! SAYA PANDAI !! SAYA HEBAT !! SAYA BAIK !!SAYA PANDAI !! SAYA BERUBAH !! SAYA INSAF !! SAYA INSAF !! AMIN !!~ .


     


    SAYA HEBAT !! SAYA BAIK !!SAYA PANDAI !! SAYA BERUBAH !! SAYA INSAF !! SAYA INSAF !! AMIN !!~ .


     


     

    Lepas selesai , kita kena pergi solat Asar kat surau , gempak punye ! , pergilah solat tu , macam biasalah . Lepas solat , kami makan petang . Sebenarnya lepas makan petang tu , ada outdoor !
    , tapi hujan daa , bilik 5 yang tak pernah nak tutup penghawa dingin 16 darjah celcius tu sehingga berwap , bila masuk je rasa sejuk gila ! Tapi tak gilalah , kita orang kena duduk kat dalam dorm tu jelaa . Kita orang sembang-sembang , kenal kan diri . Lepas tu , Izzuddin ajak pergi kedai kecil tu , dia asyik beli Maggi je , tiap masa dia beli benda tu jea . Masa sembang-sembang tu , Naqib tidur kat atas katil dia ( bawah katil fuad ) , mesti dia penat . Dia cakap suruh kejutkan kalau dah nak pergi . Masa 6.30 petang , kita kena bersiap untuk solat Maghrib di surau . Sebelum waktu Isya' , kami duduk di surau untuk mendengar kuliah , kira sekali lalulah . Lepas kuliah tu , kepada sesiapa yang telah membuang angin atau membuat perkara yang membatalkan wudhu' , hendaklah mengambil wudhu' ye . Lepas tu kita orang solat Isya' berjemaah .


     



     


SOLAT BERJEMAAH !


 

Selepas itu , masa Prof. Hanim Tahir@ Prof. Halim Mohamad Tahir .


 



 


-With Prof. Hanim J


 

Kita semua kena masuk ke dalam dewan bawah itu semula untuk Sesi 2 iaitu Sesi Transformasi Menjadi Jati Diri Terbilang oleh Prof. Hanim Tahir
.
Sesi kali ni , gempak punya , mesti semua orang kecut punyalah kerana kita akan dicabar untuk bercakap dengan penuh semangat SAYA BOLEH !! SAYA HEBAT !! SAYA PASTI BERJAYA !! .


 



 


 

Tapi sebelum tu , dia ada ceritalah , dia cerita pasal masa dia solat jumaat , ada orang baca khutbah , yang membaca tu Pak Itam , orang yang baca khutbah tu cakap , "Alhamdullillah, praise to the merciful of Allah, we have to develop our iman up to the point when the kuffar take us up on a plane, and they throw us out of the plane, WE CAN FLY LIKE A BIRD... " Lepas tu , kita orang apa lagi , tergelaklah ~ . Lepas tu , Prof suruh translatekan kepada Bahasa Melayu . Lepas tu adalah dua orang angkat tangan nak jawab , antaranya Shah dan seorang perempuan tu , tak ingat nama dia siapa . Lepas tu , dia ada bagi soalan pasal Gajah nak tarik pokok , prensentations kat depan dengan menggunakan layar dan komputer riba . Ia menunjukkan gambar seekor gajah yang kecil dan besar sedang menarik pokok .


 



 

Prof beri soalan , "Kenapa gajah tu tak boleh keluar jugak walaupun dia dah besar? " Jawapan dia dah tak ingatlah . Lepas tu , dia bagi soalan lagi , dia cerita tentang ' Arnab dan Kura-kura' semua sudah tahu kan ? . Lepas dia cerita , Prof. ceritakan lagi pasal arnab tu , " Arnab tu berjanji tidak akan mengulangi kesilapan nenek moyang arnab tersebut , dia tidak akan tidur apabila berlumba dengan kura-kura , lepas tu Arnab dan Kura-kura pun adakan pertandingan , bila arnab tu lari , lari , lari .....lepas tu dia sampai kat garis penamat tu , dia nmpak kura-kura tu dah sampai dulu , kenapa ?? " Prof. tanya kat para peserta Superkidexcel (Sekolah menengah sahaja sebab masa tu ada budak sekolah menengah sahaja) sambil mengeluarkan RM30 sebagai ganjaran . Lepas tu , ada orang angkat tangan , dia jawab apatah , tak ingatlah pulak . Lepas tu , fuad cuba angkat tangan , muka segan gilalah sebab orang semua tengok , fuad jawab " Sebab dia guna Shortcut , jalan pintas , jalan pintas " lepas tu , Prof. Cakap " Eah....tak tak , jalan dia lurus jea , bukan bulatan , okay terima kasih kerana mencuba ... " huh , segan gilaaa ..... jawapan dah laa salah -,- .


 



 


 

Cerita balik masa yang kena cakap SAYA BOLEH !! SAYA HEBAT!! SAYA PASTI BERJAYA !! , fuad lepaslah Cuma lambat sikit sebab nak kumpul semangat dan suara kerana tekak rasa agak sakit sikit . Kemudian , ada seorang kakak ni , nama dia Kak Rufiza. Dia malu dan segan untuk cakap benda tu tapi dia BERJAYA melakukannya , Tahniah kepada Kakak Rufiza dan peserta yang lain .


 



 


 


Prof. Hanim dan Kak Rufizza J


 

Lepas Sesi kedua itu tamat , kita kena beratur dan duduk untuk dibahagikan mengikut kumpulan , fuad dapat kumpulan 3 , best kumpulan tu . Sebenarnya , ada kumpulan lain lagi , iaitu kumpulan Shah and the Gang , FX , Hurricane , Wondergirl , Explicite and another one , Generation . Lepas tu , malam tu masa dekat dalam bilik untuk tidur , Fuad , Shaziq , Salman dan yang lain , bersembang-sembang . Memang best .Lepas tu , fuad pergi mandi sekejap sebab badan rasa macam nak mandi . Hurm...sejuk gila... 16 darjah celcius . Nak tahu tak , masa fuad tengah mandi tu , ada Pak Mail suruh tidur dan jangan bising sangat , lepas tu Pak Mail pergi bilik dia balik . Lepas tu , dia datang balik kat bilik kita orang . Masa tu , fuad kat dalam bilik air lagi tengah sedap mandi . Pak Mail pun suruhlah kami semua keluar dari bilik tersebut sedangkan fuad masih didalam bilik air . Lepas tu , pak mail ketuk pintu bilik air sambil cakap " Eah ... eah , cepat sikit !! " . Fuad lama sikit mcam beberapa saat macam itulah , fuad siap mandi . Lepas tu buka pintu bilik air pelan-pelan , tengok kat bilik , penghuni bilik 5 tiada dikatil masing-masing . Fuad terkejut , " Aish....tak boleh jadi ni , diorang bising sangat sampai Pak Mail denda kat luar , baik duduk je kat dalam bilik air ni kejap " , tidak lama kemudian , diorang pun masuk balik kat dalam bilik , masa tu fuad keluarlah dengan menanya kepada mereka , " Eh , tadi tu kenapa ? Kena denda ea ? " , diorang balas , " Eah , tak delaa, Pak Mail buat Spotcheck jelaa . Siapa yang bawa rokok. " . Lepas tu , fuad pakai baju , siap sedia untuk tidur , pasang alarm untuk bangun Subuh sebab takut nanti tak bangun dan baca doa sebelum tidur. Lepas tu Budak Klate buka lagu 'Tinggal Kenangan' , Shaziq pun nyanyilah , masa nyanyi tu , kita orang ceritalah macam-macam . Pasal shoppinglah , pasal Mak Ayah kita , pasal rumah kat mana , semualah sampai tertidur fuad .

* Psal Pak Mail tu , menurut cerita dioranglah .


 

P/S : Bweekk c|: by : Shah and The Gang


 


 

Hari kedua ( Isnin , 7 Disember 2010 )


 

Yeah ! Hari kedua , sekejapnya masa . Alhamdulilah dapat hidup lagi pada hari tersebut . Pada pagi hari tersebut , datangnya Pak Mail
dengan sirennya , semua tahukan macam mana bunyi siren dia tu ? . Lepas tu , dia masuk setiap bilik lelaki untuk kejutkan bangun Subuh , " Eah , eah ..... bangun.... bangun... !! " suara Pak Mail kedengaran . Pak Mail kejutkan kita semua dalam pukul 5 pagi macam itulah . Lepas tu bangun , pergilah kemas-kemas katil . Lepas tu , ambil tuala untuk mandi , susun baju sebab nak pakai lepas mandi tu , cepat sikit jadinya. Lepas tu , lain pula jadinya , fuad mandi kedua terakhir sebab ramai sangat , katil fuad dah kat sebelah bilik air je tapi lambat mandi . Amatlah kecewa dah tidak berpuas hati terhadap diri sendiri . Lepas dah siap mandi tu , keluar tengok bilik kosong lagi , saya tahulah saya mandi lambat dan lama . Lepas tu , saya cepat-cepat lari . Pakai selipar sebab nak pergi surau je . Lepas tu , tengok-tengok , bilik 6 belum siap lagi diorang , bilik saya jea yang dah siap . Tutup lampu , tutup kipas , pergi lari sepantas kilat dan akhirnya sampai . Ambil Wudhu' , masuk dewan tengok diorang semua dah berzikir dah , Alaa~ , tak sempat nak solat berjemaah , ni semua korang punya pasal sebab mandi lama sangat .


 


 




 

Lepas solat tu , kita semua balik ke bilik masing-masing untuk tukar baju , saya sudah tukar baju , baju warna oren tapi nampak macam perempuan , btul tak ? . Lepas tu baringlah kejap kat dalam bilik tu . Masa diorang nak keluar , barulah kita keluar . Lepas tu pakai kasut , kasut baru mama belikan masa hari tu . *Terima kasih , mama ! . Lepas pakai kasut tu , pergilah naik atas bukit tu untuk buat senaman ringan sebelum senaman berat . Aktiviti ini dipanggil , Aktiviti Riadah dan Kecergasan atau nama sainstifiknya Outdoor ! . Ia menyeronokkan . Lepas senaman ringan dilakukan , saya dan kumpulan saya naik ke atas bukit tersebut yang mempunyai 'Sarang labah-labah' dan yang macam jambatan tu , sorry tak tahu nama dialah pula . Sesi 3 ini dinamakan diatas jadual ialah Sesi Excel race 1- Pemantapan Jati Diri Melalui 10Q's


 



 


 



 


 


 

Kita orang semua bersemangat sebab dapat buat Outdoor ni . First sekali , kumpulan Shah and The Gang mengambil keputusan hendak melalui ' Sarang labah-labah' itu dulu . Lepas itu, jambatan yang terletak diatas bukit , diperbuat daripada besi yang kukuh dan dawai-dawai . Selepas itu , kita pergi ke Checkpoint yang seterusnya iaitu , Sumpit . Kumpulan kami hanya seorang sahaja yang dapat sumpit kena tepat pada sasaran .


 



 


 



 


 



 


JBA ( Jangan Bazir Air)


 



 



 

Selepas itu , kami semua menuju ke Swimming Pool untuk ke Checkpoint yang seterusnya , tiba-tiba ada seorang ustaz panggil kami , " Hey , mari sini .... kita ambil Wudhu' ... " , kami semua tidak ingat , ada Checkpoint ambil Wudhu' ke ? . Lepas tu ,tanggal kasut untuk ambil Wudhu' . Shah kena tunjuk cara ambil Wudhu' . Lepas tu , dia tunjuklah kat Kakak facilator tu sebab Ustaz tadi tu pergi layan budak perempuan nak ambil Wudhu' . Lepas dah ambil tu semua , kita orang dah nak beredar dah ni , ustaz tu panggil balik , " Eah korang nak pergi mana ? " Kita orang balas " Kitaorang dah siap dah ngan akak tadi tu " , ustaz tub alas balik " Meh sini , akak tu perempuan , dia ikut cara perempuan ... " , lepas tu , pergilah balik kat kolah tu balik . Dia tanya kat kita mcam-mcam pasal Wudhu' , dia cakap , "Wudhu' itu penting kerana Wudhu' lah , kita akan dapat solat yang sempurna " . Lepas dah siap tu , kita pergi ke tempat yang hendak dituju . Dah sampai kat situ , kita pun buat buat JBS . JBA means 'Jangan Bazir Air " , abang Iwan kata , Jabatan Bantuan Air , ada pulak gitu .... Apelaa... , lepas dah siap tu , kita tunggu je kat swimming pool tu untuk kita lakukan TITANIC ... .Lepas semua perempuan dah naik , kita pun dengarlah arahan Pak cik tu . Dah habis dengar , kita pun terjunlah , tapi saya takut untuk menyelam sebab ada peristiwa buruk yang pernah berlaku pada saya masa kecil dahulu . Dah habis semua berenang , kita naiklah ke atas , berat betul seluar saya ni , nasib baik tak londeh J haha . Lepas tu , yang main teka-teka tu , apa ek nama dia ? Tak tahulah nama dia apa , lepas tu buatlah benda tu . Semua dapt jawab kot , pantas betul , fantastic you all ! .


 


 

Lepas dah habis tu semua , terus balik bilik untuk tukar baju , tukar seluar , tukar kasut kepada selipar kesayangan fuad yang warna coklat tu , mandi semua , jemur kasut yang agak lembap untuk makan tengah hari kot , tak ingatlah sebab maybe excited sangat .


 


 


-FX J


 


Hurricane J


 


Shah and The Gang J


 


- Wondergirl J


 

Then lepas makan , pergi solat zohor berjemaah . Lepas solat , kita ada sesi yang kelima iaitu Sesi 5 : LDK-Menghadapi Alam Remaja di dewan atas . Setiap kumpulan akan diberi dua helai kertas kosong yang agak besar , satu untuk tulis nilai-nilai murni dan yang satu lagi tu untuk tulis karangan yang hanya boleh dimulakan dengan huruf . Contoh kumpulan Shah and the gang membuat huruf 'S' , Shah sayang Shaziq , Shah suka sepak Shaziq sebab shaziq sangat sengal .


 

Lepas semua ni tamat , saya dan rakan-rakan lain solat asar dahulu sebelum pergi minum . Selepas solat tu , baru

saya pergi minum petang dikhemah . Selepas itu , kami balik ke bilik untuk merehatkan badan , best duduk kat dalam bilik tu . Kemas-kemas sikit beg yang agak bersepah tu , Naqib dia asyik mandi je , fuad malaslah nak mandi sebab tak panas dan agak menyenangkan jugak badan masa tu . Kita orang duduk lepak-lepak kat dalam bilik tu sambil fuad menukar baju . Jam tlah menunjukkan pukul 6.30 petang , masa untuk kita makan malam sebab nanti ada program lain untuk dijalankan . Lepas makan , basuh pinggan , pergi surau , fuad makan lambat sikit so pergi surau pun lambatlah sikit sebab tu asyik dapat saf belakang jea . Nak dapat yang depan tak boleh .


 


 


 


 



 


 


 

Lepas tu ada sedikit kuliah untuk didengari . Fuad masa tu , rasa layan je dengar Ustaz tu cakap apa . Lepas dah habis tu , pergi ambil air wudhu' kepada yang telah membatalkannya atau tidak sengaja . Lepas tu , solat Isya' . Selepas solat Isya' tamat , Pak Mail suruh kami semua ke dewan atas .


 


 



 

Masa dah sampai kat dewan atas tu , kita hendaklah masuk ke dalam dan duduk diatas lantai . Lepas tu ada tayangan video(DVD) . After that tayangan , kita hendaklah focus kepada apa yang hendak Ustazah dihadapan sampaikan , ditunjuk semua part lah , errrr...tak nak ceritalah part tu , takut gila laa ..... . Lepas tu ada masa untuk Muhasabah Diri , orang kat dalam Dorm 5 cakap Shaziq tak nangis , kita tengok sama-sama . Lah , dia nangis jugak lah korang , tak baik taw cakap kat dia macam tu . Lepas tu ustazah tu , ceritalah sedih-sedih , dia tanya macam-macam . Masa tu , kena jujur jelaa . Tak baik tipu-tipu .



 

Aish.....nangis jugaklah saya ni , siap masuk kamera lagi . Lepas tu , balik bilik untuk tidur tapi sebelum balik bilik tu , kita boleh makan bubur kacang dulu sebab ada orang sediakan . Saya pergilah makan bubur kejap . Lepas makan bubur tu , tengok ramai je orang kat luar bangunan Dorm tu , so fuad joinlah diorang cari 'cell line' , tunggu dia call lah tapi dia tak call , lpas tu tengok Shaziq , Shah dan dua orang lagi belajar silat kot . Tak tahulah diorang tengah buat apa . Lepas tu ternampak Diyanah dengan baju kurung hijau dia , on the phone kat atas sebab tadi time makan pun dia ada call orang . Lepas tu nampak , abang Facilator nak naik Dorm diorang , cepat-cpatlah saya masuk bilik tu , tukar baju dan tidur . Tapi sebelum tidur kita orang semua ada sembang-sembang macam semalam , Last-last , Saya dan Shaziq tidur lambat , pukul 1.50 , saya cakap sorang-sorang sebab last sekali saya tanya kat Shaziq " Kau selalu shopping kat mana ? " , dia senyap je...tengok dia dah tidur ,semua dah tidur , so apa lagi , saya tidur jugaklah .. tapi pukul 2 sebab tak boleh nak tidur . Tapi sebelum tu , adalah abang faci tu , masuk bilik kita orang , dia cerita pasal dia , sedih kalau dengar . * kalau nak tahu , chat je kat Fb sebab nak patah dah jari type benda ni ...


 

P/S : Insaf , insaf :'(


 

Hari Terakhir ( Selasa , 8 Disember 2010 )


 

Hari terakhir ? Alaa~ , baru je nak kenal dengan semua orang yang dekat situ , dah nak balik .. Pagi tu , fuad tak nak perkara yang sama jadi macam semalamnya . Lepas tu fuad bangunlah , tak mandi sebab semalam ada orang buat mcam tu . Lepas bangun je , terus ambil berus gigi dan basuh muka , lepas tu fuad pakai selipar hitam sebab nak pergi surau jelah . Pakai baju warna hijau . Tapi yang sebenarnya lambat sikitlah sebab masa bangun tu , bilik dah kosong . Yang ada hanyalah Naqib yang baru keluar dari bilik air . Nasib baik sempat berjemaah , "Bagus fuad bagus , seseorang yang tidak berubah dua hari berturut-turut ialah seorang yang tidak berjaya" bak kata Dato' Fadzilah Kamsah . Lepas solat tu , ada Kuliah Subuh . Best best .. Lepas dah habis kuliah tu , Pak Mail suruh lelaki angkat beg , letak kat bilik 1 dan 2 untuk lelaki , perempuan bilik 4,5,6 kot .... Lepas tu , masa fuad baru habis mandi , siap pakai baju , sikat rambut , masa untuk kemas beg , kemas katil , tengok ada barang tertinggal tak , perempuan pun datang dengan Pak Mail , Pak Mail cakap , " Erm....tk pe , tk pe ... awk kemas je , jangan kelam kabut sangat ... nanti barang hilanglah , tertinggallah ... " Lepas tu , Pak Mail ada nampak bedak , minyak rambut orang tertinggal , Pak Mail cakap , "Ish , korang ni smua mewah betul kan , semua nak ditinggalkan... " , Fuad seorang masa tu kat dalam bilik tengah kemas beg . Lepas tu masa sikat rambut , malu lah perempuan nak tengok , tahulah rambut saya tak elok macam rambut kalian semua . Lepas tu , angkat beg semua , letak kat bilik 1 sebab bilik 2 sudah penuh .


 



 


 

Lepas letak beg , pergi ke surau untuk sesi yang ketujuh iaitu Sesi Adab dan Etika Komunikasi Terbilang bersama Encik Ahmad Faizal bin Haji Nasir . Dia keturunan JaWORLD/Melayu . Kampung dia kat Tanjung Sepat , Banting , Selangor . Lepas tu , dia ada cakap , lepas makan pagi , akan ada sesi Ada Bakat Ke ? bersama encik Faizal . Lepas tu , kita orang pergilah makan , keluar je surau tu , terus pergi khemah .


 

Selepas makan , kita masuk balik untuk meneruskan sesi tersebut iaitu Sesi 8 : Petua Mengekalkan Kecemerlangan Diri Dan Jati Diri . Dia ada bagi macam-macam nota , fuad salin semua . Lepas tu dia ada bagi soalan yang senang untuk dijawab tapi tak boleh nak jawab . Lepas tu , masa berlakon tu , saya tanya Shah , " Shah , aku nak buat apa ? " Shah balas , " Okay , kau Cuma buat muka yang paling handsome dan muka paling comel kat depan , boleh ? " -,- , apalaa..so saya duduk jelah kat depan tu , saya jadi budak baik . Lepas tu , sesi tu tamat , masa untuk makan tengah hari , keluar je surau tu , bau sate , teringat cerita pasal sate semalam yang kumpulan kita orang cerita tu . Lepas tu , solat zuhur .


 

Lepas solat , sesi bersama Ustaz Ebit Irawan pula yang dipanggil Sesi 9 : Rangka Tindakan Merealisasikan Matlamat Kecemerlangan Diri. Masa tu , dia ada cerita mcam-mcam , bestlah dia tu cerita , dah lah comel ^_^ ,. Lepas tu , dia tanya orang tu , orang ni , orang baju kotak-kotak , yang pakai specs lah , sekali " Hah ! , yang pakai baju colour
merah
ni , apa nama dia ni ?
*dia tgh tgk name tag , Ouh , Fuad , hah fuad , mcam mana cara nabi tidur ? " . Dah lah kat dpan perempuan , segan ouh...
kena baring depan korang semua . Lepas tu , fuad baringlah , Ustaz pun kata , " Okayy tapi kaki tu salah , kaki kena bengkok sikitlah . " saya pun bengkokkan lah kaki . Lepas tu ustaz tu pun baring jugak . Seganlah . Orang tak perasankan ? Soalan yang part mandi tu lagilah , ada seorang perempuan ni jawab , " Kita mandi tak boleh bogel sangat " . Dah lah masa tu ada makcik tu tengah solat , sensored lah sikit , orang fahamlah okay , cik....apa nama entah . Lepas tu , ada abang iwan tunjuk lagi 5 minit . Ustaz tanyalah , "Ada apa-apa soalan lagi tak ? " Semua senyap jea... Lepas tu abang iwan datang balik sambil menunjukkan isyarat yang masa telah habis . Masa tu , rasa macam nak menangis je , sebak rasa dihati untuk pulang ke rumah kesayangan ,

Fuad : " Alaa~ , dah nak balik dah kea ? "

Ustaz Ebit : " Kenapa ? Tak nak balik ea ? "

Fuad : "Emm....."

Ustaz Ebit : "Tak pe , tak pe , lain kali boleh datang lagi .... "


 

Kem ni , yang paling gempak yang pernah saya pergi , tak tahu pun rasa dia macam ni . Something like different then others . Lepas tu , kena salam ayah orang semua , yang saya duduk cari , manalah ayah saya ni ? Tak datang lagi ke ? Sekali tengok kat belakang dengan mama . Lepas dah habis salam , keluar dari dewan tu , ayah panggil . Saya salam mama dan ayah , lepas tu , peluk ayah .... :D . Tapi yang cakap "Terima kasih , mama kerana melahirkan " saya tu , belum lagilah , awak dah ?

Lepas tu , mama minta DVD tu , dalam hati " Habislah , ada gambr aku kat dalam DVD tu ...." . Lepas tu , pergilah Dorm 1 , dimana terletaknya beg saya yang berat tu , tengok-tengok , ramai je kat depan bilik tu , rupa-rupanya kuncilah . Kena lah tunggu , lepas beberapa minit lamanya , terbuka juga akhirnya . Diorang semua nak masuk , bilik tu dah lah kecil , lepas tu semua masuk . Saya masuk last sekali sebab beg saya tu dekat dengan pintu je . Lepas tu , ada seorang aunty ni , dia angkat fail anak dia , lepas tu terjatuh pula barang-barang yang kat dalam fail tu , lepas tu saya nampak ayah kutip . Saya tak perasan pun barang tu jatuh daripada fail aunty tadi tu . Lepas tu , ayah fuad suruh adik pergi hantarkan kat aunty . Lepas tu , aunty ni , dia cakap , " Ouh , yeker ? Terima Kasih lah adik , makcik tak perasan pun " , adik pun patah balik , Dia (yang pakai baju kurung hijau) dan mak dia tengok kearah family fuad dan senyum . Tanda terima kasih lah agaknya . Lepas tu , kereta dia dekat je dia park , Innova kereta dia...huyoo ! haha :D , lepas tu , fuad pun pergi kat kereta tengok kereta ayah , kotor gila , hari tu baru je basuh -,- . Lepas tu , mama terus pasamg DVD tu kat dalam kereta ? "Alamak , cover muka kat belakang " . Lepas tu , fuad tengok je perkarangan Excel Training Resorts tu dari dalam kereta . Ayah tanya mcam-macam , lepas tu nampaklah kelibat para peserta yang menaiki kereta beransur pulang . Lepas je Tokong tu , ayah dah pecut tapi tak lajulah mungkin sebab rumah jauh , kena lah balik cepat . So sampai sini sahajalah entri saya , Sekian Terima Kasih .

Kalau panjang umur , murah rezeki , kita jumpa lagi ....
J


 

P/S: Tigeee , senyum walaupun sedih.... : )


 


 

Assalamualaikumwarahmatullah......


 


Pak Mail dan abang-abang Facilator . . J


 


HURRICANE J


 


WOW ! Wondergirl...gempak punya ! Yeah !! , sorakan anda penuh gaya ! J


 

Kepada yang membaca entri ini , saya Muhammad Fuad Badrul Hisham dengan ini , ingin memohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa ataupun tidak berpuas hati pasal Entri ini , saya mohon maaf . Jika anda ingin menyuarakan soalan , cadangan , marah atau maki-maki saya . Sila hubungi saya di Facebook.com . Sekian . SALAM ~

Saturday, December 4, 2010

Yesterday :D

Erm.....sbenarnya , Fuad tk ade crite ari ni but fuad nk tlis sbb smalam laa , Haha ,
Smalam at 10 o'clock like that , fuad bngun ,then tgk luar (kt ruang tamu) ,ada ayah yng tgh tgk TV , then dgr adik tgh mandi , pastu fuad gi laa mandi , fuad mandi lama ouh , mcam perempuan mandi , dlam 15 minit mcm tu laaa , then dh habis mndi , pegi laa breakfast , pastu kluar rumah dgn Family , ayah pegi Balai Polis untuk pay that saman , -,- kesalahan dia ialah memandu sambil menggunakan handphone ,padahal time tu dia blum angkat lagi ,pastu ada polis naik motor besar tu sruh berhenti , ish , JAHAT la polis tu , then , pegi mne eak ? Erm....Lenggeng , tau tak kat mne ? Kt ngeri 9 laa ,haha ,dia sempadan dgn selangor , kt situ ramai orng cina jea , then kt dlam tu ada kem , huh -,- ,tmpat yng tk de line dan maybe truk kot , tak tau laa, pastu pegi solat jumaat kat masjid ktt semenyih , agak SOMBONG jugak diorng tu , nmpk mcm orng plik kt situ , huh -,- terutama 'mamat' tu , asal duk tgk tgk orng ? tk puas hati ea ? Sabar jea laa , then dh habis solat tu ,pegi laa makan jap , then pegi jlan jlan ,tgk ada MAHA yng Illyana pegi tu , adik dah ckap kt ayah da nk pegi ,pastu mama kacau line jea , hish . .. .then ayah ckap , kite pegi Alamanda jelaa , Haha ,then jalan jalan kt dllam tu , pastu dh bli brang smue , adik nk mengedik kt luar Alamanda tu , pastu pegilaa klua , dia nk ambik gmbr , gmbr abng tk nk ambik pulak ea , ish , tk nk kwan dia ! , pastu pegi bli kasut , haha ,mama mood baik je time tu ,haha , dpat pulak , saja jea ,hehe ,kasut ada diskaun 50% je kot ,Haha ,
erm....pas ni , fuad da tk onn daa , sbb nk kene pegi kem tu , hbis laa , mesti kene buli ngan budak budak kt sne , harap tak laa , mesti lpas blik tu fuad jd baik , haha :D tp yng pasti fuad tk ngorat sesiapa laa , hurm........that all , Bye ! I love you , Ill !!!! :P